Mengenali Hadith Mawdhu’ (Palsu)

Selasa, 29 Desember 2009

Hadith-hadith Mawdhu’ itu dapat dikenali pada sanadnya dan juga pada matannya. Di antara ciri-cirinya yang utama ialah:


1. Pengakuan yang dibuat oleh pembuat hadith itu sendiri

Umpamanya seperti yang diakui sendiri oleh Abdul Karim bin Abu Al-Auja’, Maisarah bin Abdul Rabbih dan Nuh bin Abi Maryam.


2. Perawinya terkenal pembohong

Sedangkan Hadith yang diriwayatkan tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang tsiqah (dipercayai).


3. Bertentangan dengan kenyataan (fakta) sejarah

Umpamanya seorang perawi meriwayatkan sebuah hadith dari seorang guru, yang menurut kenyataan ia tidak pernah menemui guru itu, atau ia dilahirkan sesudah guru yang dikatakan itu meninggal dunia, ataupun ia tidak pernah datang berguru dengan guru tersebut.


Ma’mun bin Ahmad Al-Harawi mendakwa ada mendengar hadith dari Hisyam bin ‘Amman kekanda kepada Ibn Hibban, maka Ibn Hibban bertanya:

“Bilakah engkau ke kota Syam?” Ma’mun menjawab: “Pada tahun 250H.” Mendengar itu Ibn Hibban berkata: “Hisyam meninggal dunia pada tahun 245H.”


Termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang yang mengaku sebagai sahabat Nabi dan mendengar hadith-hadith Nabi dari Nabi SAW atau dari sahabat-sahabat Nabi SAW, padahal mereka hidup ratusan tahun setelah Nabi SAW dan para sahabat meninggal dunia.


4. Motif yang mendorong membuat hadith palsu itu

Sebenarnya ada motif dan tujuan yang tertentu yang mendorong orang membuat hadith-hadith palsu itu, seperti politik, fanatik golongan, fanatik mazhab, kerana membodek raja, kerana mencari rezeki atau sebagainya.

Contoh-contohnya:

"Bubur Harisah itu akan menguatkan belakang."

Hadith ini dibuat oleh Muhammad bin al-Hajjah Al-Lakhmi, seorang penjual bubur Harisah untuk melariskan buburnya itu.

"Aku beriman kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan."

Hadith ini dibuat untuk mempertahankan pendapat dalam mazhab Syafi’e yang mengatakan Bismillah adalah salah satu ayat dari surah al-Fatihah yang wajib dibaca dengan suara keras dalam solat Jahriyyah.

Apa yang telah lalu disebutkan ialah mengenai ciri-ciri Hadith Mawdhu’ pada sanadnya. Selain itu Hadith Mawdhu’ dapat diketahui melalui matannya, iaitu:


1. Perkataan dan ayat-ayatnya sangat jelek dan janggal


2. Kerosakan maknanya:


(a) Berlawanan dengan perkara yang mudah diketahui oleh akal dan tak dapat pula dita’wil

Contoh: "Bahawasanya bahtera Nuh bertawaf di Baitullah selama 7 hari dan bersolat 2 rakaat di Maqam Ibrahim."


(b) Berlawanan dengan hukum akal mengenai Allah. Akal menetapkan bahawa Allah suci daripada menyerupai makhluk

Seperti hadith:

"Bahawasanya Allah menciptakan kuda lalu dipacunya kuda itu hingga berpeluh, maka Ia menciptakan dirinya dari kuda itu."

"Allah mengadu sakit mata, maka para Malaikat datang melawatnya."


(c) Berlawanan dengan ilmu kedoktoran

Contoh: "Buah terung itu adalah penawar bagi segala penyakit."

(d) Mengandungi dongeng yang tidak diterima akal

Seperti hadith: "Ayam putih itu adalahku dan kekasih bagi kekasihku Jibril."


(e) Bertentangan dengan kenyataan dan ilmu

Seperti hadith:

"Bahawasanya Qaf itu adalah sebuah bukit dari permata zamrud hijau yang mengelilingi dunia bagaikan tembok mengelilingi kebun dan bahu-bahu langit terletak di atasnya."

"Bahawasanya bumi ini di atas batu hampar dan batu hampar di atas tanduk lembu, maka apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya bergeraklah batu hampar itu."

Al-Imam Ar-Razi berkata:

"Semua hadith yang kau dapatinya bertentangan dengan akal, berlawanan dengan dasar-dasar agama dan berlainan dengan yang dinukilkan dari Nabi, maka ketahuilah bahawa itu adalah Hadith Mawdhu’."


(f) Menyalahi keterangan Al-Quran yang qathi’e dan tidak pula dapat dita’wilkan

Contoh: "Anak zina tidak akan memasuki Syurga sampai 7 keturunan."

Hadith ini bertentangan dengan Al-Quran:

"Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain." (Al-An'am: 64)


(g) Menyalahi Hadith Mutawatir

Contoh: "Apabila diriwayatkan kepada kamu sebuah hadith yang sesuai dengan kebenaran, maka ambillah dia sama ada saya mengkhabarkannya ataupun tidak."

Hadith ini bertentangan dengan Hadith Mutawatir:

"Barangsiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja maka bersedialah mengambil tempatnya dari Neraka." (Hadith Muttafaq ‘Alaih dan Hadith ini adalah Mutawatir)


(h) Menyalahi kaedah umum yang diambil dari al-Quran dan Sunnah

Contoh: "Barangsiapa yang dilahirkan untuknya seorang bayi lelaki lalu diberi nama Muhammad, maka dia dan anaknya di dalam Syurga."

Ini bertentangan dengan kaedah umum, iaitu masuk Syurga mesti melalui amal soleh, bukan semata-mata kerana nama atau gelaran belaka.


(i) Menyalahi kenyataan sejarah yang memang sudah terkenal pada zaman Nabi SAW

Umpamanya hadith yang menerangkan bahawa Nabi SAW memberatkan jizyah atas penduduk-penduduk Khaibar dengan disaksikan oleh Sa’ad dan dituliskan oleh Abu Sufyan, pada hal menurut riwayat yang benar bahawa jizyah itu belum lagi dikenakan pada waktu itu. Ia baru dikenakan sesudah peperangan Tabuk. Sa’ad meninggal sebelum itu pada tahun peperangan Khandak dan Abu Sufyan memeluk Islam setelah pembukaan kota Makkah.


(j) Hadith yang sesuai benar dengan mazhab yang dipegang oleh perawinya dan ia pula terlalu sangat fanatik kepada mazhabnya

Misalnya hadith: Kata Ali: "Aku menyembah Allah bersama-sama Rasul-Nya sebelum lagi Dia disembah oleh seseorang dari umat ini 5 tahun atau 7 tahun."

Hadith ini diriwayatkan oleh Habbah bin Juwain yang terlalu fanatik kepada mazhab Syi’ah.


(k) Hadith yang menerangkan pahala yang sangat besar terhadap sesuatu kebajikan yang sangat kecil

Misalnya:

"Sesuap makanan yang diberikan kepada orang lapar lebih utama daripada membina 1,000 jami’ (masjid)."

"Barangsiapa mengucapkan Laa ilaha Illallah, maka Allah menjadikan untuknya seekor burung yang mempunyai 70,000 lidah dan bagi tiap-tiap lidah 70,000 bahasa yang mereka beristighfar dengannya untuknya."

"Barangsiapa bersolat Dhuha sekian rakaat, maka akan diberikan kepadanya pahala 70 orang Nabi."


(l) Hadith yang menerangkan dosa dan siksa yang sangat besar atas kesalahan yang kecil

Umpamanya: "Barangsiapa memakan bawang putih pada malam Jumaat, maka hendaklah ia masuk Neraka selama 70 tahun."


(m) Hadith yang menerangkan sesuatu urusan agama yang kalau ada semestinya diriwayatkan oleh orang ramai


Demikianlah ciri-ciri Hadith Mawdhu’ itu, dan dengan memerhatikan ciri-ciri itu, maka Hadith Mawdhu’ dapat dikenal dengan mudah.

Ar-Rabi’ mengatakan:


"Bahasawanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang bersinar seperti sinaran waktu siang dan bahawasanya di antara Hadith-hadith itu ada Hadith yang gelap seperti malam, kita mengetahuinya dengan gelap itu."


Perkataan Ar-Rabi’ ita menunjukkan, bahawa perbezaan antara Hadith Nabi dengan Hadith Palsu itu terlalu sangat jelas dan terang, dan tanda-tandanya sangat mudah diketahui, ia bagaikan malam dengan siang.


Dan Al-Imam Ibn Al-Jawzy pula berkata:


"Hadith Mungkar yakni Hadith Mawdhu’ itu menggementarkan kulit (badan) penuntut ilmu dan kebiasaannya tidak diterima oleh hati."



Allahu a'lam bisshawab


*Dipetik dari kitab Himpunan Hadith Dha'if dan Mawdhu’, susunan Drs Abdul Ghani Azmi Haji Idris

dari: http://dhanysarip.blogspot.com/2005/11/ciri-ciri-hadith-maudhu-palsu.html

Hadith Mauquf' dan Marfu'


Pertanyaan :


Assalamualaikum , Boleh ustaz huraikan apa yang dikatakan hadis 'mauquf' dan hadith marfu'. Apakah kekuatan kedua dua hadith ini dan apakah boleh sesaorang itu beramal dengannya? Jazakallah.


Jawaban :


Hadith Marfu' (الحديث المرفوع)


Ialah hadith yang disandarkan kepada Nabi saw. Ia perlu dilihat kepada sanad hadith tersebut apakah ia sahih ataupun tidak.


Hadith Mauquf (الحديث الموقوف)


ialah hadith yang disandarkan kepada sahabat Nabi saw. Dinamakan Mauquf kerana periwayatannya terhenti setakat sahabat, dan tidak kepada Nabi saw. Ia dinamakan hadith kerana sangkaan barangkali sahabat itu mendengarnya dari Nabi saw. Ia juga perlu dinilai terlebih dahulu kesahihan benarkah ia datang dari sahabat. Setelah dipasti kebenarannya, maka ia pula terbahagi kepada dua :


Pertama : Hadith mauquf yang ada bukti yang cukup untuk mendakwanya datang dari Nabi saw. Bukti-bukti tersebut ialah :


1- Hadith tersebut menyebut perkara-perkara tauqifi (توقيفي)yang tidak ada ruang untuk akal memikirkannya. Seperti penentuan waktu solat, kadar zakat, penjelasan tentang sebab turunnya ayat al-Quran, perkara-perkara yang akan berlaku pada masa akan datang, hal-ehwal akhirat. Sebagai contoh perkataan Ibn 'Abbad r.a. :

Maksudnya : "(orang-orang Muslimin) benar-benar akan menghiasi (masjid-masjid) mereka, sepertimana orang-orang Yahudi dan Nasrani menghiasinya (tempat ibdat mereka)." (al-Bukhari) Hadith ini walaupun ia hanya terhenti setakat Ibn 'Abbas, Namun ia dihukumkan sebagai marfu' kepada Nabi saw, kerana mustahil sahabat Nabi mereka-reka cerita tentang peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang melainkan ia benar-benar mendengarnya dari Nabi saw.


2- Perkataan sahabat yang mengatakan : "Adalah kami dahulu melakukan perkara itu di zaman Nabi saw" atau apa perkataan yang seumpama dengannya. Jika hadith mauquf itu mengandungi perkataan sebegini maka dia hukumkan sebagai marfu', kerana hadith ini menunjukkan perkara itu dilakukan berulang-ulang. Maka mustahil perkara yang berlaku berulang-ulang tidak sampai kep pengetahuan Nabi saw. Apabila perkara itu menunjukkan ianya sampai ke pengetahuan Nabi saw, namun baginda tidak mengingkarinya, ia menunjukkan adanya pengakuanatau persetujuan dari baginda. Maka ia adalah sebahagian daripada sunnah. Sebagai contoh hadith dari Jabir katanya yang bermaksud :

"Adalah kami (di zaman Nabi saw) Na'zil (نعزل - mengeluarkan air mani di luar faraj isteri), sedang (ketika itu zaman) al-Quran diturunkan." (al-Bukhari)


3- Perkataan sahabat : Kami diperintahkan untuk melakukan perkara itu... atau Kami dilarang dari perkara itu... atau sahabat mengatakan Daripada sunnah begitu dan begitu... Contohnya Mus'ab bin Amir berkata : "Aku bersebahyang disebelah bapa ku (sahabat Nabi saw), lalu aku meletakkan dua tanganku diantara dua peha. Lalu bapaku melarangku dan berkata : Kami juga dahulu melakukannya, lalu kami dilarang melakukannya dan kami diperintahkan untuk meletakkan dua tangan diatas lutut (ketika rukuk)"


Kedua : Hadith mauquf yang membicarakan perkara yang ada ruang untuk akal memikirkannya. mungkin perkataan sahabat itu adalah pendapatnya sahaja, bukan dari Nabi saw. Maka ini tidak boleh dijadikan hujah.


wallahu a'lam.




http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=416

BERAMAL DENGAN HADITH DHAIF

BOLEHKAH BERAMAL DENGAN HADITH DHAIF DALAM FADHAIL A’MAL?


Muqaddimah

Ini adalah sebuah bahas kecil berkenaan dengan hukum beramal dengan hedith-hadith dhaif. Ia dicedok dari beberapa buah kitab yang antara terpentingnya ialah kitab-kitab Syeikh Nasaruddin al- Albany rahimahullah, muhaddith kurun ini, yang telah menghabiskan sisa-sisa usianya dalam berkhidmat untuk hadith Nabi saw yang dicintai ini dan mempertahankannya. Dan saya muatkan dalam bahas ini antara yang terpenting sahaja dari pandangan-pandangan ulama dalam bidang ini dengan dalil-dalilnya demi meringankan para pembaca..


Adapun maudhu ini malangnya telah diambil ringan oleh kebanyakan orang, termasuklah para cendikiawan, asatizah, khatib dan dai sedangkan ia sebenarnya merupakan perkara yang asas lagi penting dalam ugama Allah yang suci ini kerana hadith-hadith Nabi saw merupakan wahyu kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran yang diperintahkan untuk digigit benar-benar dengan gigi-geraham. Namun al-haq itu wajib disampaikan walaupun pahit demi melaksanakan amanah ilmu Allah.kerana setiap insan akan ditanya tentang ilmunya dan apa yang diamalkan darinya. Yang benar adalah dari Allah dan yang silap dari diri saya sendiri dan dari syaithan. Wallahu A’lam.


Benarkah beramal dengan hadith dhaif dalam fadhail a’mal tidak ada khilaf ?


Telah masyhur dikalangan ahli ilmu dan penuntut-penuntutnya bahawa hadith dhaif boleh diamalkan dalam bab fadhail amal. Mereka menyangka tidak ada sebarang khilaf dalam masalah ini. Bagaimana tidak, sedangkan Imam Nawawi rahimahullah telah menukilkan ''' kesepakatan atas perkara ini dalam lebih dari sebuah kitab-kitabnya.


Namun naqalnya ini perlu diteliti, kerana khilaf dalam masalah ini maklum, bahkan sebahagian ulama muhaqqiq berpendapat hadith-hadith dhaif tidak boleh diamalkan langsung, baik dalam hukum ahkam mahupun dalam fadhail.


Ulama-ulama yang melarang


Antara mereka yang berpendapat sedemikian, Imam Yahya bin Main, Abu Bakar bin Araby., dan zahir mazhab Imam Bukhary dan Muslim dan ia merupakan mazhab Ibnu Hazm rahimahumullah. Demikian juga pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalany yang tidak asing lagi; pengarang Bulughul Maraam, Fathul Bary, Al-Ishabah, Lisanul-Miizan dll, maka beliau meletakkan syarat-syarat yang penting untuk membolehkan beramal dengannya yang mana jika benar-benar diikuti hampir sahaja tidak membolehkannya langsung.


Syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahullah (773-852H)


1.. Hadith tersebut tidak merupakan hadith yang maudhu.

2.. Hendaklah orang yang beramal dengannya mengetahui bahawa ia hadith dhaif.

3.. Tidak menyebarkan amalannya dengan hadith dhaif tersebut.

4.. Dhaifnya tidak terlalu lemah yang bukan diriwayatkan oleh pendusta atau yang telah banyak kesilapannya.

5.. Hadith tersebut termasuk dibawah asal yang am, (dalam syara'), bukan yang tidak mempunyai asal langsung.

6.. Pengamalnya tidak mengiktikadkan kebenaran hadith tersebut supaya tidak menasabkan kepada Nabi saw apa yang tidak disabdakannya.


Berkata Imam Ibnu Hajar setelah itu “ Hendaklah seorang itu berwaspada dari termasuk dalam sabda Nabi saw ‘ Barangsiapa meriwayatkan dariku sepotong hadith dilihatnya dusta maka dia termasuk seorang dari dua pendusta.’(Muqaddimah Muslim 1/ 8) .Bagaimana pula dengan orang yang mengamalkannya !! Tidak ada bezanya dalam beramal dengan hadith dalam hukum ahkam ataupun dalam fadhail, kerana semuanya syara’. “ (Tabyiin Al-A’jab m/s 3-4)


Berkata Syeikh AlBany rahimahullah :


‘Berkata Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya ‘Ad-Dhuafa’ ‘dalam mensyarahkan hadith tadi :

‘Dalam khabar tadi dalil bahawa seorang muhaddith itu apabila meriwayatkan apa-apa yang tidak sah dari Nabi saw yang didustakan atas baginda sedang dia mengetahuinya, maka adalah dia seorang dari dua pendusta., namun zohir khabar ini lebih dashyat lagi, Nabi saw bersabda “ Barangsiapa meriwayatkan dariku sepotong hadith dan dia melihatnya sebagai dusta…” dan baginda tidak bersabda ‘dia yakin ianya dusta.


Maka setiap orang yang ragu-ragu terhadap apa yang diriwayatkan adakah ia sohih atau tidak, masuk dalam zohir khitob hadith ini.’ (Ad-Dhuafa’ : 1/7-8)


Jelaslah dari dua nukilan ini bahawa jika sekadar meriwayatkan sebuah hadith dhaif haram hukumnya, maka mengamalkannya lebih-lebih lagi hukumnya, tidak ada beza hukumnya dalam fadhail a’amal kerana Rasulullah saw tidak membezakan antara dua perkara tersebut . Dan ini jika diketahui yakin bahawa hadith tersebut dhaif atau terasa dalam hatinya hadith tersebut tidak sohih. Bagaimana dengan orang yang tidak tahu hadith yang ingin diriwayatkannya dhaif atau tidak ?


Beliau tetap berdosa kerana menisbahkan hadith tersebut kepada Nabi saw tanpa ilmu, maka dia masuk dalam ancaman Nabi saw “ Cukup bagi seseorang itu sebuah dusta kerana meriwayatkan setiap yang dia dengar.”(Muqaddimah Sohih Muslim hadith 5)


Dan telah diriwayatkan bahawa Imam Malik rahimahullah ,telah berkata :” Ketahuilah, tidak selamat seorang yang meriwayatkan setiap yang didengarinya, dan dia tidak sekali-kali akan menjadi seorang imam sedang dia meriwayatkan setiap yang dia dengar.


Komentar AlBany tentang syarat-syarat Ibnu Hajar rahimahumallah


Berkata AlBany setelah menyebutkan syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif yang diletakkan oleh Ibnu Hajar “ Dan syarat-syarat ini sangat mendalam maknanya dan penting sekali, jika diltizamkan oleh para pengamal hadith dhaif niscaya natijahnya ruang untuk mengamalkannya menjadi sempit atau tidak memungkinkannya langsung.


Dan penerangannya dari tiga wajah :-


Pertama : Syarat pertama menunjukkan bahawa wajib mengetahui hal hadith yang ingin diamalkannya, supaya dapat mengelakkan dari beramal dengannya jika kedudukannya sangat dhaif sekali.


Dan makrifah ini sukar buat kebanyakan orang dalam mengamalkan setiap hadith dhaif kerana kurangnya ulama hadith, lebih-lebih lagi pada zaman ini, dan yang kumaksudkan ialah ahli tahqiq yang tidak menceritakan orang ramai melainkan dengan yang thabit dari hadith Rasulullah saw; yang memberitahu mereka akan hadith-hadith dhaif dan ,mewaspadakan mereka darinya , bahkan mereka ini lebih sedikit dari segelintir. Allahul Musta’an. “


Beliau juga melanjutkan setelah membawa beberapa contoh ulama yang meriwayatkan atau mengamalkan hadith dhaif tanpa meneliti kedudukan dhaifnya dengan alasan hadith tersebut bukan dalam urusan hukum ahkam, hanya bab fadhail amal, lalu ternyata hadith-hadith tersebut jelas dusta atau maudhu’.


“ Kesimpulannya, iltizam dengan syarat ini membawa kepada meninggalkan amal dengan hadith yang tidak thabit sama sekali,sakeng sukarnya mengenal pasti dhaif yang sangat lemah dikalangan kebanyakan orang, hampir serupa dengan qaul yang kami pilih. (Tidak boleh beramal dengan hadith dhaif secara mutlak – walaupun dalam fadhail).


Kedua : “Hendaklah hadith dhaif itu termasuk dibawah asal yang am …”


Syarat ini menunjukkan bahawa pada haqiqatnya, amalannya itu bukanlah dengan hadith dhaif sendiri, tapi dengan asal yang am, sedangkan amal dengannya telah warid sama ada wujud hadith dhaif tadi ataupun tidak, bukan sebaliknya …


Ketiga : Syarat ketiga (Pengamalnya tidak mengitiqadkan kebenaran hadith tersebut …) bertemu dengan syarat pertama dimana wajib diketahui kelemahan hadith, supaya tidak di’tiqadkan kesahihannya…


Sebab-sebab tidak boleh beramal dengan hadith dhaif


Hadith dhaif hanya membawa zhon yang lemah dengan tanpa khilaf yang diketahui dikalangan ulama, maka bagaimana mungkin dikatakan boleh beramal dengannya sedang Allah telah mencelanya dalam lebih dari sepotong ayat didalam kitabNya.


Allah berfirman {… Sesungguhnya zhon tidak mencukupi dari al-haq sedikitpun.} [An-Najm : 28]


Dan Allah berfirman lagi : {Mereka tidak lain hanya mengikut zhon sahaja} [An-Najm : 23]


Dan Rasulullah saw telah bersabda : “ Awas kamu dari zhon (sangka-sangkaan) sesungguhnya zhon itu hadith yang paling dusta! “ (Bukhary dan Muslim).


Ketahuilah, mereka-mereka yang mengatakan boleh beramal dengan hadith dhaif tidak mempunyai sebarang dalilpun dari Kitab ataupun Sunnah.


Dan diantara keburukan pendapat ini, ia mengheret mereka dari hanya beramal dengannya dalam bab-bab fadhail kepada masuk kedalam hukum-ahkam syariah, bahkan dalam urusan akidah !! Inilah yang kita lihat sekarang ini dan akan kami jelaskan perkara ini dalam tulisan-tulisan yang akan datang insya Allah.


Oleh itu kami menasihati saudara-saudara kami orang-orang Islam disegenap pelusuk dunia dari timur kebaratnya, supaya tinggalkanlah beramal dengan hadith dhaif secara mutlaq dan hendaklah mereka mengarahkan tenaga dan semangat mereka kepada beramal dengan yang thabit dari Nabi saw, yang kaya dari yang dhaif.


Dan dalam berbuat yang demikian itu terselamatlah dari terjerumus dalam perdustaan atas Rasulullah saw, kerana kami dapati dari pengalaman, mereka yang bercanggah dalam masalah ini telah termasuk dalam yang kami sebutkan tentang perdustaan tadi, kerana mereka mengamalkan setiap yang mereka dengar atau baca, sedangkan Rasulullah saw telah mengisyaratkan kearah perkara ini dengan sabdanya : “ Cukup bagi seorang sebagai berdusta kerana meriwayatkan setiap yang didengar. “(Muqaddimah Sohih Muslim Hadith No. 5)


Dan kami pula mengatakan : “ Cukup bagi seorang sebagai kesesatan kerana mengamalkan setiap yang dia dengar. “


Kitab-kitab rujukan


1. Sahih Jamiu Shoghir m/s 56

2. Tamamul Minnah Fiit Ta’ilq a’laa Fiqhu Sunnah m/s 32-38

3. Silsilah Dha’iefah (muqaddimahnya) 1/47-51

4. Dan lain-lain lagi.

http://www.muhammadiyah.org.sg/articles/beramal_dengan_hadis_dhaif.htm

Bahaya Syirik

Sabtu, 26 Desember 2009

Sebagaimana kita ketahui bahwa setiap rasul diutus oleh Allah, maka tauhid adalah inti dakwah mereka, permulaan/pembukaan dakwah mereka. Dan bahwa mereka melarang syirik dan menyatakan bahwa syirik adalah dosa terbesar. Maka perlulah kita mengetahui syirik supaya kita bisa menjauhinya, karena barangsiapa yang tidak tahu terhadap keburukan dikhawatirkan
ia terjatuh padanya padahal dia tidak menyadarinya.

Ta’rif Syirik / Isyrak

Secara bahasa, adalah isim masdar dari syarika, yasyraku, syirkan yang berarti: menjadi sekutu baginya, memberikan bagian untuknya baik sedikit ataupun banyak di dalam dzat, atau makna.
Secara istilah syara', ada dua makna ( Lihat Bayan asy-Syirk wa Wasailihi 'inda Aimmah al-Hanayah, hal 9)

1. Makna umum: menyamakan selain Allah dengan Allah dalam apa-apa yang termasuk (hak-hak) khusus bagi Allah. Maka, secara umum syirik ada tiga macam:
  • a) Syirik di dalam ar-Rububiyah, yaitu menyamakan dalam sesuatu yang termasuk (hak-hak) khusus Allah dalam masalah Rububiyah (dengan selain Allah ) atau menisbatkan kepada selain Allah, seperti memberi rejeki, menghidupkan, mematikan dan lain-lainnya. Disalin dari majalah As-Sunnah 09/IV/2000 hal 8 - 10.
  • b) Syirik di dalam al-Uluhiyah, yaitu menyamakan dalam sesuatu yang menjadi (hak-hak) khusus Allah dalam masalah uluhiyah (dengan selain Allah), seperti shalat, puasa, menyembelih, nadzar, cinta, takut, dan lainnya.
  • c) Syirik di dalam Asma' wa Shifat, yaitu menyamakan antara Allah dengan makhlukNya, dalam masalah asma' wa shifat, seperti: menyamakan sifat-sifat dzatiyah Allah (wajah, tangan, mendengar, melihat dan lainnya) serupa dengan sifat makhluk, atau memberikan sifat-sifat yang khusus bagi Allah untuk makhluk, seperti sifat mengetahui yang ghaib, mengetahui segala sesu atu, hadir dan melihat di setiap tempat, dan lainnya.
2. Makna khusus: menyamakan selain Allah menjadi ilah, yang diibadahi dan ditaati bersama Allah. Maka barangsiapa yang memberikan satu macam dan macam-macam ibadah untuk selain Allah maka dia adalah seorang musyrik dan kafir.
Sedang jenis-jenis ibadah diantaranya: Doa, takut, tawakkal, isti'aaah (permintaan tolong), isti'adzah (minta perlindungan), nadzar, menyembelih, sujud dan lainnya. Lihat: Syarah Tsalatsah al-Ushul dan lainnya.
Dan inilah yang dimaksud kalimat "Syirik" apabila disebutkan secara mutlak di dalam al-Qur'an, as-Sunnah dan ucapan as-Salaf, yaitu: syirik dalam uluhiyah atau ibadah. (Lihat AlMadkhal li Dirasah al-Aqidah al-Islamiyah hal. 125-126)

Hukum Dan Jenis Syirik


Setelah kita tahu ta'rif dan jenis syirik baik secara umum dan khusus, maka kita juga mesti faham bahwa jenis syirik menurut hukumnya / dosanya ada dua atau tiga macam yaitu:

1. Syirik Akbar

Setiap syirik yang disebutkan oleh syar'i (Allah dan Rasul-Nya) dan menjadikan seseorang keluar (murtad) dari agamanya (Islam), seperti shalat untuk selain Allah, berpuasa untuk selain Allah, menyembelih hewan (kurban) untuk selain Allah, berdoa untuk orang yang sudah mati, berdoa kepada orang yang tidak ada di hadapannya untuk menolongnya dari urusan yang hanya Allah saja yang berkuasa, dan lainnya.

2. Syirik Ashghar

Setiap ucapan atau perbuatan yang dinyatakan syirik oleh syara' tetapi tidak mengeluarkan dan agama, seperti riya', yaitu seseorang yang shalat karena Allah akan tetapi dia menghiasinya / membaguskanya supaya dilihat manusia, atau seseorang berinfaq untuk taqarub kepada Allah tetapi dia menginginkan pujian manusia.
(Ucapan: "Apa yang dikehendaki oleh Allah dan engkau kehendaki", atau nama "Abdul Harits" dan lain-lainnya.

3. Syirik Khafi


Syirik yang kemungkinkan bisa termasuk syirik akbar atau syirik ashghar. Seperti: Bersumpah dengan selain sama Allah adalah syirik ashghar, tetapi jika yang bersumpahnya itu dengan keyakinan bahwa yang dia pakai untuk sumpah itu menyamai keagungan Allah maka ini termasuk syirik akbar.

Bahaya Syirik


1. 1. Syirik ashghar (syirik yang tidak mengeluarkan dari agama)

a) Murusak amalnya yang tercampur dengan syirik ashghar:
Dari Abi Huruirah marfu': Allah berfirman: Aku tidak butuh sekutu-sekutu dari bagian, barangsiapa yang melakukan satu amalan yang dia menyekutukan Ku padanya dengan selain Aku maka Aku tinggalkan dia dan persekutuannya. (Diriwayatkan oleh Muslim, kitab Az-Zuhud 2985, 46)

b) Terkena ancaman dan dalil-dalil tentang syirik, karena salaf menggunakan setiap dalil yang berkenaan dengan syirik akbar untuk syirik ashghar. (Lihat ul-Madkhal, hal 124)
c) Termasuk dosa besar yang terbesar.

2. Syirik Akbar

a) Kedhaliman terbesar.
Sesungguhnya syirik itu, kedhaliman yang besar. (Luqman: 13).
b) Menghancurkan seluruh amal.
Sesungguhnya jika engkau berbuat syirik, niscaya hapuslah amalmu, dan benar-benar engkau termasuk orang-orang yang rugi. (az-Zumar: 65).
c) Jika meninggal dalam keadaan syirik, maka tidak akan diampuni oleh Allah
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni jika disekutukan, dan Dia akan mengampuni selain itu (syirik) bagi siapa yang (Dia) kehendaki." (an-Nisa': 48, 116).
d) Pelakunya diharamkan masuk jannah.
" Sesungguhnya barangsiapa menyekutukan Allah, maka pasti Allah mengharamkan jannah baginya dan tempatnya adalah Neraka, dan tidak ada bagi orang-orang dhalim itu seorang penolongpun." (al-Maidah: 72)
e) Kekal di dalam neraka.
" Sesungguhnya orang kafir yakni ahli kltab dan orang-orang musyrik (akan musuk) ke jahannam, mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk."
(al-Bayyinah: 6)
" Tidaklah pantas orang-orang musyrik itu memakmurkan masjid-masjid Allah. Sedang mereka mengakui bahwa mereka sendiri kafir.Mereka itu sia-sia amal perbuatannya dan mereka kekal di dalam nya." (at-Taubah: 17).
f) Syirik adalah dosa paling besar.
Allah berfrman: yang artinya
" Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutuhan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yangmempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh jauhnya." (an-Nisa': 116).
g) Perkara pertama yang diharamkan oleh Allah .
Allah berfirman: yang artinya
" Katakanlah: "Rabb-ku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (al-A'raaf: 33).
h) Dosa pertama yang diharamkan oleh Allah.
Allah berrman: yang artinya
"Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Rabb-mu, yaitu: Janganlah kanan mempersekutukan sesuatu dengan Dia." (al-An'aam: 151).
i) Dosa syirik menyebabkan kebinasaan diawal, di tengah dan diakhir perjalan seorang hamba.
Allah berfirman: yang artinya
" Dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh." (al-Hajj: 31).
j) Pelakunya adalah orang-orang yang "najis" (kotor) aqidahnya.
Allah berfirman : yang artinya:
" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang Musyirik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (at-Taubah: 28)
k) Menyebabkan penyesalan yang tidak terbayarkan.
Berfirman Allah, yang artinya
" Dan harta kekayaanya dibinasakan, lalu ia membolak-balikkan kedua tangannya (tanda menyesal) terhadap apa yang ia telah belanjakan untuk itu, sedang pohan anggur itu roboh bersama para-paranya dan dia berkata: "Aduhai kiranya dulu aku tidak mempersekutukan seorangpun dengan Rabbku." (al-Kahfi: 42).

Kalau memang demikian dahsyat akibat dosa syirik, mengapa banyak orang yang tidak mau memperhatikannya, mengenalinya dan meninggalkannya. Juga mengingatkan terhadap saudara-saudaranya sesama kaum Muslimin terhadap "dosa" yang sangat menghancurkan ini.

Semoga tulisan ringkas ini bisa menggugah dan menyadarkan kita semua, alangkah pentingnya dakwah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang menitikberatkan larangan terhadap syirik dan bid'ah serta ajakan tauhidullah dan Sunnah RasulNya. Semoga!


SYIRIK DAN BAHAYANYA
Abu Isma'il Muslim al-Atsari
19 Mei 2004
http://www.vbaitullah.or.id

6

Bid'ah Haqiqiyyah dan Bid'ah Idhafiyyah

Kamis, 24 Desember 2009

Ada dua jenis bid'ah dilihat dari bentuknya :
* Bid'ah haqiqiyyah
* Bid'ah Idhafiyyah

Bid'ah Haqiqiyyah adalah bid'ah yang tidak mempunyai sandaran dalil syar'i sama sekali sama sekali, baik dari al-Qur'an , as-sunnah maupun ijma'.
Disebut bid'ah karena perkara tersebut sama sekali baru tanpa ada contoh sebelumnya, lalu diyakini dan dikerjakan pelakunya untuk menambah nilai lebih dalam beribadah.

Banyak ritual yang termasuk dalam kategori bid'ah ini.
sebagai contoh,
ritual kungkum yang dilakukan oleh sebagian masyarakat ketika menyambut hari Mauluid Nabi. Mereka meyakini adanya nilai khusus dalam ritual itu. Seperti terhapusnya dosa-dosa yang larut bersama air sungai, padahal tidak ada dalil yang bisa dijadikan sandaran. Mereka menghiasi ritual itu dengan membaca al-Fatihah, memanjatkan do'a bersama, dan kadang diawali dengan shalat bersama. Belum lagi kemungkaran lain yang terjadi ketika mandi. Sungguh pintarnya setan menghiasi dosa dan kesyirikan hingga nampak sebagai pahala dalam pandangan manusia.

Juga tradisi syirik labuhan sesaji ke laut yang diawali dengan bacaan al-Fatihah lalu digemakan suara takbir. Ini adalah pelecehan, lisan mengagungkan Allah, tetapi hati dan perbuatannya menghinakan-Nya dan mengagungkan sesembahan lain. Lisan membaca
iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in, tetepi mereka berikan ibadah dan meminta pertolongan kepada jin. " Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang Amat pedih " (QS. asy-Syuura : 21 ).

Adapun bid'ah idhafiyyah ialah bid'ah yang disandarkan kepada dalil, tetapi dari sisi tata caranya, hal ihwalnya atau rincian pelaksanannya tidak mempunya sandaran dalil. Demikian dijelaskan oleh Imam asy-Syabithi dalam al-I'thisham.

Bid'ah yang kedua ini banyak terjadi pada masalah ibadah. Sperti penambahan bacaan tertentu dalam shalat tanpa ada dalilnya. Juga tata cara dzikir yang tidak ada contohnya. Shalat memang disyari'atkan, begitupun dengan dzikir, tetapi pelaku bid'ah idhafiyyah menambahkan sesuatu yang tidak ada contohnya dengan tujuan mendapatkan nilai lebih dalam ibadah.
Padahal itu justru menyebabkan amalannya tertolak.
Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasalam bersabda : yang artinya :

" Barangsiapa mengamalkan suatu amal yang tidak ada contoh dariku maka tertolah. "

{HR. Muslim )

Wallahu muwaffiq.

( Abu Umar A )



Sumber : Majalah ar-risalah no. 60 / Th. V

Soal Bid'ah Hasanah

Minggu, 20 Desember 2009

Menyoal Bid’ah Hasanah

Reaksi spontan ketika kita ingatkan tentang larangan bid’ah, orang yang menyukai bid’ah akan berkata : ” Yang dilarang itu bid’ah yang buruk, bid’ah yang baik tidak apa-apa ”. Padahal Nabi shalallahu alaihi wasallam tidak pernah memperkenalkan pembegian dua bid’ah itu. Bahkan secara tegas hadist Nabi shalallahu alaihi wasallam menunjukkan kesesatan bid’ah secara mutlak. Beliau shalallahu alaihi wasallam bersabda :
Yang artinya : “ Karena sesungguhnya setiap bid’ah itu sesat
(HR. Ahmad, at-Tirmidzi, Abu Dawud )

Ibnu Hajar al-Asqalani menyebutkan bahwa hadist ini merupakan kaidah agama yang berlaku mutlak. Hal yang senada dikatakan ole syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin , " Kata ' Setiap Bid'ah' mengandung pengertian yang bersifat umum dan mutlak, karena diperkokoh dengan kata yang menunjukkan makna menyeluruh dan umum yang paling kuat , yakni 'setiap' ." Beliau juga menegaskan, " maka setiap apa saja yang diklaim sebagai bid'ah hasanah, hendaklah dijawab dengan dalil ini. Dan atas dasar inilah maka tak ada sedikitpun peluang bagi pada ahli bid'ah untuk menganggap bid'ah mereka sebagai bid'ah hasanah.

Untuk itu kalau mau membagi bid'ah menjadi dua , bid'ah baik dan bid'ah buruk, mestinya kata sesat juga dibagi dua yaitu sesat baik dan sesat buruk. Tapi adakah sesat yang baik ?
Adanya bid'ah hasanah sering dialamatkan kepada shahabat Uman bin Khathab radhiallahu 'anhu yang megatakan tentang shalat terawih , "Ni'matul bid'ah hadzihi ", sebaik-baik bid'ah adalah ini. Hal ini terbantah dengan berbagai sisi :

Pertama
, kalaupun maksud perkataan Umar adalah seperti yang mereka maksudkan, maka tidak boleh mengkonfrontasikan hadist Nabi dengan perkataan shahabat. Abdullah bin 'Abbas radhiallahu 'anhu bahkan pernah berkata, " Hampir-hampir hujan batu menjatuhi kalian, Aku katakan Rasulullah bersabda, kalian menyanggahnya Abu Bakar berkata, Umar berkata."

Kedua
, yang dimaksud oleh Umar radhiallahu 'anhu adalah bid'ah dengan pengertian bahasa, bukan bid'ah secara syar'i. Seperti yang dikatakan oleh Ibnu Katsier. " Kadang bid'ah disebut dalam pengertian bahasa, sebagaimana perkataan amirul mukminin Umar bin Khatab ketika mengumpulkan orang untuk shalat terawih " Sebaik-baik bid'ah adalah ini."

Ketiga
, Shalat terawih berjama'ah yang dianjurkan Umar, tidak dikatakan sebagai bid'ah secara syar'i, karena amalan itu ada contohnya dari Nabi . Dalilnya adalah riwayat Aisyah radhiallahu 'anha
, bahwa suatu malam Rasulullah shalat di masjid, lalu orang-orang mengikuti beliau, kemudian beliau shalat pada malam berikutnya, maka banyak orang menjadi makmumnya, lau mereka berkumpul pada hari ketiga dan keempat, tapi Rasulullah shalallahu alaihi wasallam tidak ke masjid. ketika datang pagi Beliau shalallahu alaihi wasallam bersabda, " Sungguh aku tau apa yang kalian perbuat semalam, dan tidak ada yang menghalangiku untuk keluar menemui kalian kecuali karena khawatir jika shalat jamaah terawih itu menjadi wajib atas kalian."

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam telah menjelaskan sebab mengapa beliau meninggalkan jamaah terawih.Takkala Umar melihat bahwa sebab yang menghalangi itu sudah tiada, maka Umar menghidupkan sunnah itu kembali. Berbeda dengan orang yang mengamalkan amalan-amalan baru lalu dengan modal niat baik atau tata cara yang kelihatan baik, lalu menganggap telah menghidupkan sunnah sebagaimana Umar radhiallahu 'anhu. Wallahu a'lam

sumber : Majalah ar-risalah no 58 tahun V